Monday, January 18, 2010

Program Silaturrahim Keluarga Tok Din








Tercatat hari ini dalam sejarah mesyuarat pertama kali akan diadakan di rumah M.NASIR.




Bahagian A : Surat Jemputan Mesyuarat






IDRIS BIN ABDUL TALIB
148, Laluan Keranji 1, Tel (P) : 055457925
Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3. (R) : 0125554797
31200 IPOH
PERAK
Alamat email : idristalib@yahoo.com.my atau idris@izzuddinipoh.com

Kepada : Tarikh : 18hb Jan 2010.

_______________________________

_______________________________

_______________________________

_______________________________


Assalammualaikum Wbrkt.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM SILATURRAHIM KELUARGA TOK DIN

Berhubung perbincangan tuan/puan tempoh hari maka sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dipilih untuk menjadi Jawatankuasa Penganjur seperti diatas.

2. Jawatankuasa Pengajur Program Silaturrahim Keluarga Tok Din akan mengadakan mesyuarat pada tarikh seperti berikut :-


Tarikh : 30hb Januari 2010 (Sabtu)

Tempat : Rumah Mohd Nasir bin Hashim, Lot 2014D,
Parit 2 Sungai Sumum, Bagan Datoh, Perak.
(Belakang Surau) Tel : 019-567 8220

Masa : 2.30 ptg hingga 5.00 ptg.


3. Tuan/Puan adalah dikehendaki hadir di mesyuarat yang tersebut di atas.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah



(IDRIS BIN ABDUL TALIB)
Jawatankuasa.
Program Silaturrahim Keluarga Tok Din.

- Fail.






























Bahagian B: KERTAS KERJA PROGRAM SILATURRAHIM KELUARHA TOK DIN


1.0 PENGENALAN
Persaudaraan sesama kita bukan hanya luahan dari kata-kata yang manis umpama menanam tebu dibibir mulut tetapi perlu ada perasaan yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam perbuatannya. Perasaan kasih pada saudara mara perlu ada sepertimana kita mengasihi diri sendiri. Semasa zaman Rasulullah s.a.w. perasaan inilah yang ditanam oleh di hati orang-orang Islam untuk menwujudkan sebuah masyarakat yang padu dan kasih sayang antara satu sama lain hingga menjadi keluarga yang besar. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat 92 yang bermaksud : Sesungguhnya agama Islam adalah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; sembahlah kamu akan Daku. Surah ini menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan semuanya adalah bersaudara. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Sesungguhnya tidak dinamakan ia beriman, sehingga ia kasih kepada saudaranya sepertimana ia mengasihinya sendiri. Al Imam Bukhari telah meriwayatkan iaitu ’Bandingan orang mukim dalam kasih sayang, kasihan belas dan simpati mereka sesama mereka adalah seperti sebatang tubuh, apabila satu anggota dari tubuh itu mengadu sakit maka sekalian anggota tubuh yang lain turut merasai kesakitan dengan berjaga malam dan panas badan’.

Kesibukan manusia dengan urusan dunia dan kedudukan yang berjauhan menyebabkan hubungan saudara mara kurang mesra. Saudara yang dikenali mungkin dikalangan sepupu sebelah isteri/suami, anak saudara atau bapak saudara. Ataupun mungkin saudara itu mesra dengan kita kerana telah dikenali sekian lama. Saudara dua pupu, tiga pupu, atok saudara dan seterusnya kurang dikenali. Ini mungkin disebabkan semasa zaman kanak-kanak, kita tidak sempat diperkenalkan oleh kedua ibubapa kita kepada saudara ini atau kedudukan kita yang jauh. Kalau ada kenduri saudara mara hanya sekadar datang menjamu selera kemudian balik. Jarang kita menunggu sekian lama dan bersalaman serta bertanya kabar berita saudara mara yang hadir. Malahan semasa Hari Raya juga kita tidak mampu menziarahi kesemua saudara mara kerana kekangan masa dan lokasi.Yang paling rapat ialah kawan atau jiran.

2.0 RASIONAL
Kemajuan dalam bidang komputer dan telekomonikasi memudahkan perhubungan antara sesama manusia. Manusia boleh berhubung tanpa batasan menggunakan 3G atau internet asalkan tahu menggunakannya. Oleh itu manusia boleh berhubung dan merapatkan hubngan silaturrahim walaupun sibuk dengan tugas harian.

3.0 MATLAMAT
Matlamat akhir program ini ialah mewujudkan sebuah buku bertajuk ’ Keluarga Tok Din’ dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

4.0 OBJEKTIF
Merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita
Mewujudkan ’blog’ keluarga Tok Din.
Mengadakan Hari Keluarga Setiap Tahun.
Menghasilkan buku salahsilah keluarga Tok Din.
Mewasiatkan salahsilah keturunan kepada anak, cucu, cicit, muit dan seterusnya.

5.0 JAWATANKUASA
Pengarah Program
Setiausaha
Bendahari
Pengerusi Pembinaan Buku ’Keluarga Tok Din’
Pengerusi Pendaftaran
Pengerusi Sambutan dan Atucara Majlis
Pengerusi Program Korban
Pengerusi Perhubungan Awam
Pengerusi Peralatan
Pengerusi Publisiti
Pengerusi Kebersihan
Pengerusi Program Sukaneka
Pengerusi Program Tarik Tali
Pengerusi Program Memancing
Pengerusi Penempatan/Penginapan ahli keluarga
Pengerusi Makan Tengahari
Pengerusi Makanan/Minuman Ringan
Jurugambar
Wartawan

6.0 KEWANGAN
Setiap ahli membayar yuran RM20/setahun.
Yuran seumur hidup RM200/setahun.
Yuran bahagian aqikah anak RM350/sebahagian
Sumbangan ikhlas.
Penajaan.

7.0 TEMPAT
Program Silaturahim Keluarga Tok Din akan diadakan secara tahunan. Cadangan tempat dan tarikh mungkin berubah bergantung kepada persetujuan.
Tahun 2010 – Selekoh (Masjid, Dewan Sebaguna dan Padang)
Tahun 2011 – Chalet Teluk Batik Resort, Lumut.
Tahun 2012 - Chalet Pantai Teluk Senangin, Segari.
Tahun 2013- Lost Word of Tambun, Ipoh.


8.0 AKTIVITI
Pada pertemuan pertama mungkin aktiviti yang disenaraikan dibawah boleh dilaksanakan. Tetapi pada pertemuan tahun-tahun seterusnya mungkin berubah bergantung kepada kemudahan tempat tersebut.

Antara Cadangan Aktiviti Tahunan ialah :
Malam : Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah saudara mara yang telah meninggal.
Awal pagi Majlis Korban, aqikah.
10.00 – 12.00 tgh :Persembahan Slaid Latarbelakang Keluarga Tok Din/Slaid aktiviti tahun sebelumnya.
12.30 ptg :Makan tengahari bersama
1.30 ptg :Solat Zohor berjemaah.
2.00 ptg :Pelancaran ’Blog’
3.00 ptg :Majlis Penutup/Penyampaian Hadiah Sukantara
4.00 ptg :Bersurai.

Aktivit Sukaneka untuk kanak-kanak umur
A) Bawah 6 tahun : Mencari gula-gula. Mewarna.
B) 7 – 10 tahun : Tarik tali, Tarik Upih Pinang.
C) 11 – 15 tahun : Memancing, Jalan Itek.
D) 15 tahun ke atas : Kupas Kelapa, Memancing, Boling Kelapa
E) Dewasa : Tarik tali, tarik upih pinang, kupas kelapa/

Peserta yang mendaftar akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut nama keturunan:
(Abdul Jalil/ Fatimah/ Muslamah/ Masnan/ Maimunah/ Mohd Noor/ Sawiyah/ Shamsiah/ Mariam/ Mansor/Midah)

Pertunjukan Pesawat Kawalan Jauh – Jemputan khas.


9.0 PENUTUP
Firman Allah dalam Surah Al-Hujarat ayat 10 bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu damaikan diantara dua saudara kamu, yang bertelingkah, itu dan bertawakallah kepada Allah moga-moga kamu mendapa rahmat. Semoga dengan program ini menjadi pencetus kepada perhubungan yang erat antara semua saudara keluarga Tok Din.


Disediakan Oleh
IDRIS BIN ABDUL TALIB
(Bapa- Abdul Talib bin Alias
Ibu- Ramlah bt Mohd Nooh bin Jas
Cucu Maslamah sebelah bapa
Cucu Mariam sebelah ibu)
























Bahagian C: Borang Menjadi Ahli Keluarga Tok Din.












KELUARGA TOK DIN
D/A : IDRIS BIN ABDUL TALIB
148, Laluan Keranji 1,
Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3,
30020 Ipoh
Alamat email : idristalib@yahoo.com.my (Silatuliskan kod ahli jika menggunakan alamat ini)
Tel rumah : 05-527002
H/P : 012-5554797
Kod Ahli :DIN________________
Tarikh : ________________

Borang Keahlian Keluarga Tok Din
Keturunan dari anak Tok Din bernama: _____________________

(Abdul Jalil/ Fatimah/ Muslamah/ Masnan/ Maimunah/ Mohd Noor/ Sawiyah/ Shamsiah/ Mariam/ Mansor/Midah)

1. Nama penuh : Tel :
Tarikh Lahir :
Pekerjaan :

2. Nama Isteri/Suami : Tel:
Tarikh Lahir :
Pekerjaan :

3.Alamat email :
Alamat :

Nama Anak-anak
Anak 1 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :

Anak 2 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :

Anak 3 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :

Anak 4 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :

Anak 5 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :

Anak 6 : Tarikh Lahir :
Alamat : Tel :







T/tangan_______________________

Nama :

Tarikh :


















Sunday, December 20, 2009

Abdul Talib bin Alias

Selamat Datang ke Laman Sesawang Abdul Talib bin Alias.



ABDUL TALIB BIN ALIAS DAN RAMLAH BT MOHD NOOH.

ABDUL TALIB & RAMLAH
Batu nisan Abdul Talib
Latarbelakang
Nama : Abdul Talib bin Alias bin......................... biN………………….BIN………….
Pekerjaan : Guru Agama Kampung
Anak-Anak: (Dari Isteri Pertama):- Ahmad Nawawi, Abd Rahman, Halimah, Fatimah.
(Isteri Kedua) – Mohd Khir Johari, Abdul Shukor, Horain, Idris.
Pendidikan :
Sekolah Pondok Batu 26, Bagan Datoh. Tuan Guru Hj. Ghazali .

Tempat Kelahiran
Parit Tengah, Bagan Datoh.
Bagan Datoh (ejaan lain: Bagan Datuk dan Bagan Dato') adalah sebuah pekan yang terletak kira-kira 45 km dari barat Teluk Intan, Negeri Perak, Malaysia. Ia terletak di tenggara bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak. Bagan Datoh dahulunya terkenal sebagai tempat penanaman kelapa dan koko. Namun demikian, kedua-kedua tanaman kelapa dan koko telah disaingi oleh penanaman kelapa sawit yang memberikan lebih banyak hasil. Hasil pertanian yang lain ialah pisang dan perikanan. Oleh kerana Bagan Datoh terletak di tepi pantai Laut Selat Melaka dan Muara Sungai Perak maka aktiviti sukan yang popular ialah memancing.

LATARBELAKANG
Alias berasal dari Indonesia tetapi sehingga maklumat ini ditulis tiada maklumat yang tepat mengenai Alias. Sesiapa yang terbaca maklumat ini dan mengetahui latarbelakang Alias sila maklumkan kepada penulis. Ibu Abdul Talib bernama Muslamah (1877) bt. Tok Din. Beliau mempunyai dua orang adik beradik sahaja. Adiknya Hashim tinggal di Parit Tengah, Bagan Datoh. Abdul Talib pada mulanya berkahwin dengan Ensom tetapi telah meninggal dunia pada
tahun 1960 (?). Setelah Ensom meninggal dunia, beliau berkahwin dengan dengan Ramlah bt. Mohd Nooh iaitu cucu Tok Din melalui anaknya Mariam dan mempunyai 4 orang anak. Ini bererti Abdul Talib dan Ramlah adalah sepupu yang rapat melalui cucu Tok Din.
Hashim

PENEMPATAN DAN KEHIDUPAN
Oleh kerana hidup dalam kemiskinan Abdul Talib kerap berpindah mengikut pekerjaan. Pada mulanya tinggal di Parit Tengah bersebelahan rumah adiknya Hashim sehingga tahun 1974. Kemudian pada tahun 1975 hingga 1976 beliau tinggal di Batu 9 Jalan Teluk Intan untuk berkerja di Ladang Kelapa Sawit Jandarata. Pada tahun 1976 hingga 1978, beliau berpindah lagi ke Parit 1 Bukit Merah Taiping untuk mengikut kawannya Jamaludin. Arwah Jamaluddin dikenali ketika menjadi jiran semasa tinggal di Batu 9 Jalan Teluk Intan. Ketika ini arwah Jamaluddin bekerja sebagai pembawa kapal korek(excavator). Keakraban semakin bertambah apabila anak Jamaludin iaitu Saniah berkahwin dengan adik Ramlah iaitu Yon bin Mohd Nooh dan dikurniakan dua orang anak (Mohd Saad dan Mohd Nasir). Tetapi Yon meninggal dunia selepas beberapa hari isterinya melahirkan Mohd Nasir. Ketika tinggal di Taiping, Abdul Talib mengusahakan sawah padi seluas 3 relong di Parit 1 Bukit Merah. Selain itu, beliau juga menjadi guru agama di Surau Parit 2 Bukit Merah. Kehadiran beliau di Bukit Merah disambut baik oleh masyarakat sekeliling kerana mereka memperolehi guru agama. Pada mulanya beliau sangat yakin dengan penempatan baru ini lalu menjual tanah pusaka di Parit Tengah Bagan Datoh kepada Mohd Sood yang seluar 3 baris kelapa dengan harga RM12000/=. Namun pendapatan sebagai guru agama tidak seberapa dan hasil padi juga tidak mencukupi kerana diusahakan setahun sekali. Ketika tahun 70an tiada lagi teknologi pertanian yang boleh meningkatkan hasil padi kepada 2 kali setahun. Panas yang dijangka hingga ke petang rupanya tidak menjadi. Lebih malang lagi ketika usia beliau menjangkau 50an mata beliau menjadi rabun dan tidak boleh bekerja, apatah lagi mengajar di surau di sekitar kampung. Malahan, ramai masyarakat petani sekitar Bukit Merah hidup dalam kemiskinan. Ketika tinggal di Bukit Merah penulis sempat bersekolah di Sekolah Rendah Tebuk Panchor dari darjah 1 hingga darjah 4. Ketika penulis berada di darjah 4, iaitu sekitar tahun 1978 keluarga Abdul Talib sekali lagi berpindah semula ke Bagan Datoh dan tinggal di rumah arwah Haji Kadir Kampung Parit Mati bersebelahan rumah Hj.Hanafiah. Ketika ini penglihatan Abdul Talib semakin teruk, beliau langsung tidak boleh bekerja. Malahan untuk bergerakpun perlu dipimpin oleh anak-anak terutamanya penulis. Untuk menyara kehidupan terpaksalah meminta bantuan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan RM50/= sebulan. Kemudian perbelanjaan yang lain ditampung oleh kerja buruh oleh anak-anak iaitu Mohd Khir Johari dan Abd. Shukor dengan mengambil upah menebas kebun, mengopek kelapa dan mencari buah koko. Keperitan hidup tinggal di Parit Mati amat dirasai kerana tinggal menumpang di tanah kepunyaan orang. Oleh itu pendapatan dari hasil jualan tanam-tanaman perlu dibahagi dua. Satu untuk tuan tanah dan sebahagian lagi untuk keluarga Abd Talib. Walau bagaimana susah pun kehidupan, Abd Talib sangat patuh kepada suruhan agama. Beliau mengamalkan puasa sunat jika tiada makanan di rumah. Malahan juga sanggup makan nasi dengan garam untuk mengalas perut. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kadang kala dengan pisang rebus sahaja. Ketika itu tanaman pisang sangat subur di sekeliling rumah. Malahan apa jua sayur-sayuran yang di tanam oleh isterinya Ramlah hidup subur dan sangat menjadi. Ternakan ayam, itik dan angsa akan menjadi juadah sekali-sekala untuk merasai dagingnya. Kesimpulannya kehidupan boleh di teruskan tetapi hanya ala kadar sahaja. Untuk merasai makanan lazat seperti milo, susu, nescafe hanya sekali sekala selepas Abd. Talib mendapat bantuan kebajikan. Daging lembu atau ayam daging, snek tidak pernah dibeli kerana diluar kemampuan. Lebih mengharukan, semasa tinggal di Parit mati tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Waktu malam hanya diterangi api dari pelita minyak tanah yang penuh dengan asap dan jelaga. Suatu ketika dahulu, semasa penulis menduduki peperiksaan SRP dan SPM pelita minyak tanah terpaksa dipasang banyak untuk membolehkan penulis mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Gigitan nyamuk menjadi perkara biasa dan sudah sebati dengan penulis. Tetapi ‘Alhamdulillah’ di kampung ketika itu, tidak pernah berlaku kejadian jiran-jiran terkena denggi pun. Air mandian dan basuhan adalah dari air kolam (perigi) yang di gali dan di bina sendiri. Air hujan hanya untuk minuman sahaja yang dikumpulkan dari hujung atap, tetapi agak kekuningan sedikit kerana bumbung beratapkan daun nipah. Jika kemarau panjang, penulis terpaksa bergilir dengan abang-abang untuk mengambil air dari paip air masyarakat yang di tempatkan ditepi jalan awam. Pernah beberapa kali Abdul Talib dan penulis menggunakan tanah yang di ayak halus untuk berwuduk (tayamum) ketika ketiadaan air. Jika ingin membasuh pakaian terpaksa memilih masa waktu malam untuk ke paip air masyarakat. Kalau penulis ingin menonton TV terpaksalah ke rumah jiran iaitu Pak Harun atau Hj. Hanafiah yang tinggal berdekatan rumah. Tetapi ketika itu TV hitam putih sahaja mengunakan tiub sinar katod dan disambungkan dengan bateri basah 12V yang perlu dicas seminggu sekali. Ketika itu TV1 dan TV2 sahaja beroperasi (tiada lagi TV3, TV7, TV9 atau ASTRO) dan siarannya bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam sahaja. Kenderaan utama penulis ialah basikal. Sebulan sekali Abdul Talib akan pergi ke Teluk Intan dengan ditemani oleh penulis untuk mendapatkan bantuan Kebajikan Masyarakat. Tempat di tuju terlebih dahulu ialah rumah anaknya Abd. Rahman yang tinggal di Jalan Jawa, Teluk Intan. Kadang kala rumah anaknya Fatimah atau Halimah


Abd Rahman Fatimah

KEAGAMAAN
Beliau sangat berpegang teguh dan tegas kepada ajaran Islam. Beliau menentang budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam. Puasa sunat Isnin dan Khamis menjadi amalan yang sebati dengan dirinya. Sembahyang sunat yang diamalkan sebelum dan selepas solat fardu adalah budaya yang tidak pernah di tinggalkan. Ajaran agama beliau sangat tegas serta sangat menentang budaya orang kampung seperti mandi safar, kenduri kematian dan puja memuja alam misteri. Beliau sangat menentang mana-mana jiran yang berurusan dengan bomoh untuk mendapatkan petunjuk terhadap sesuatu perkara. Beliau juga menentang keras jika ada dikalangan jiran yang membenarkan bakal menantu tinggal untuk bermalam di rumah bakal mertua. Malahan beliau pernah bercanggah pendapat dengan seorang ustat yang sedang mengajar di surau dalam sesuatu isu (ketika itu beliau sebagai pendengar sahaja). Apa yang mengkagumkan penulis ialah sepanjang hayatnya, beliau tidak pernah mengerjakan solat terawih hanya 8 rakaat bersama penulis. Sebaliknya 20 rakaat adalah suatu kemestian dan disusuli dengan sembahyang malam pada bulan-bulan puasa. Beliau juga menghafal surah Al-Sajaddah dan Yasin dan beberapa surah Al-Quran yang panjang. Boleh memahami bahasa Arab yang mudah dan mempunyai banyak Kitab-kitab lama yang berasal dari Indonesia. Tasbih tidak pernah lengkang dari jari jika ada masa terluang. Mulut tidak pernah berhenti mengalunkan selawat dan salam pada Junjungan besar Rasulullah SAW. Tidak mahu mendengar lagu-lagu hiburan dari radio, dan juga cerita-cerita dongeng atau umpatan masyarakat. Sangat menitik beratkan sembahyang berjemaah dalam keluarga.

Kematian
setiap yang hidup didunia pasti akan menemui kematian. Abdul Talib telah meninggal dunia pada tahun 1994. Penulis sempat bercuti empat hari dari mengajar di Johor ketika itu untuk menjaganya hingga ke nafas terakhir. Sesuatu yang ingin dikongsi bersama oleh pembaca ialah, beliau meninggal atas riba penulis. Beliau sempat memaklumkan kepada penulis bahawa banyak godaan syaitan laknattullah yang mengoda dan cuba menyesatkannya. Beliau hampir kelu lidah untuk mengucapkan perkataan Allah. Tetapi Alhamdulillah, oleh kerana ada orang disisinya yang sentiasa mengajarnya, maka sebutan perkataan Allah tidak pernah putus dari bibirnya. Bagaimana pula dengan nasib kita yang amalan hanya sedikit sahaja. Beliau sempat diambilkan wuduk untuk sembahyang solat Asar sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang hari Jumaat. Pada sebelah malamnya penulis tidur sekelambu dengan arwah untuk kali terakhir. Setiap yang hidup pasti merasai kematian tetapi kita tidak pasti bila akan mati dan dimana kubur kita. Abdul Talib dikebumikan di Simpang Tiga, Bagan Datoh berdekatan dengan kubur Tok Mohd Nooh bin Jas.

Mohd Nooh


ANAK-ANAK
Mempunyai 8 orang anak hasil perkongsian dengan dua orang isteri. Hasil perkongsian hidup dengan isteri yang pertama Ensom (?) dan yang kedua Ramlah. Anak yang pertama Ahmad Nawawi yang berkahwin dengan Aminah dan tinggal di Melaka serta mempunyai 17 orang anak.Aminah meninggal dunia dan kini berkahwin dengan Saadiah bt............ . Seorang anak beliau yang sangat rapat dengan penulis bernama Shamsuddin dan tinggal di Air Tawar, Perak. Tetapi kini berpindah ke Ipoh kerana bekerja di pejabat Fecra Ipoh. Anak Kedua Abd. Talib ialah Abdul Rahman yang berkahwin dengan Saadiah bt.............. dan tinggal di Changkat Lada, Kampung Gajah dan mempunyai 7 orang anak. Anak ketiga Abdul Talib ialah Halimah yang berkahwin dengan Bahayudin bin Shukur tinggal di Teluk Intan dan mempunyai 7 orang anak juga. Anak keempat ialah Fatimah yang berkahwin dengan Manaf bin Hamid tinggal di Teluk Intan juga dan mempunyai seorang anak angkat. Anak Kelima ialah Mohd Khir Johari masih tidak berkahwin tetapi tinggal di Rungkup. Anak ke enam ialah Abdul Shukor yang berkahwin dengan Rohaizah dan mempunyai seorang anak angkat (anak saudara). Anak ke tujuh ialah Horain yang berkahwin dengan Zulkifli bin Mohd Dan tinggal di Alor Setar Kedah dan mempunyai 3 orang anak. Anak kelapan iaitu anak bongsu iaitu Idris (penulis) yang berkahwin dengan Nor Ahmar bt Mohamad tinggal di Ipoh dan mempunyai 6 orang anak.




Anak 1. AHMAD NAWAWI (Dalam Pencarian)
Anak 2. ABDUL RAHMAN (Dalam Pencarian)
Anak 3. HALIMAH (Dalam Pencarian)
Anak 4. FATIMAH (Dalam Pencarian)

Anak 5. MOHD KHIR JOHARI
Nama : MOHD KHIR JOHARI BIN abdul talib
Tarikh Lahir : - -1959
Pekerjaan : Kampung. Mengupas kelapa, Mengembala lembu. Menebas kebun.
Isteri : Bujang
Alamat : Rungkup. Belakang rumah Tok Kamsah
Tempat Lahir : Parit Tengah, Bagan Datoh.
Pendidikan:
Sek Keb Sungai Balai. Darjah 6.

Anak 6. ABDUL SHUKOR
Nama : Abdul shukor bin abdul talib
Pekerjaan : Jaga Sekolah Kerajaan
Tarikh Lahir : 12-3-1963
Tel : 013 4505728
Isteri : Rohaizah bt kamsah
Pekerjaan : Suri Rumah.
Anak: Abdul Razak
Tempat Lahir : Parit Tengah, Bagan Datoh.
Pendidikan :
SK Sungai Balai, SK Jalan Jawa Teluk Intan .Darjah 6.
Latarbelakang Pekerjaan
Mula-mula bekerja sebagai jaga di SJK(T) Kebangsaan Kampar. Kemudian berpindah ke SK Sg Haji Muhammad kerana menjaga kedua ibu bapa. Selepas itu berpindah ke SJK(C) Selekoh. Kemudian berpindah ke SJK Chong Meng. Akhir sekali hinga kini bertugas sebagai jaga di SMK Raja Muda Musa. (Masih dalam pencarian)

Anak 7. HORAIN (Dalam Pencarian)
Nama : HORAIN BT abdul talib
Tarikh Lahir : ___ -____ -1967

Pekerjaan : Suri Rumah
Tel :017-4612774
Suami : Zulkifli bin Mohd Dan
Pekerjaan : Kerani LKIM.
Tarikh Lahir :
Alamat : Alor Star Kedah.
Anak: Amirul, Nor Shahirah, Amir Hamzah
Tempat Lahir : Parit Tengah, Bagan Datoh.
Pendidikan Horain
Sek Keb Rungkup, Sek Keb Tebuk Panchor. Darjah 6.

Latarbelakang (Dalam Pencarian)





Anak 8. IDRIS
Nama : IDRIS BIN ABDUL TALIB
Tarikh Lahir : 27 - 3 -1969
Pekerjaan : Guru PPPS. Sek Izzuddin Shah.
Tempat Lahir : Parit Tengah, Bagan Datoh.
Isteri: Nor Ahmar bt Mohamad
Pekerjaan : Guru PPPS. Sek Izzuddin Shah.
Tarikh Lahir : 18-6-1968
Alamat : 148, Laluan Keranji 1, Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh.
Anak 6 orang: Mohd Ashraf, Mohd Abrar, Nur Fatihah, Mohd Al Fateh, Mohd Azrin Firdaus,
Nur Aishah Humaira’
Pendidikan:
Idris : SK Sultan Idris Teluk Intan, SK Tebuk Panchor, Taiping, SK Sg Haji Mohamad. SMK Tun Abdul Razak, Selekoh (hingga SPM 1986). Diploma Aeronautical UTM (1991)., Bsc Hons Physics Education UTM (1997). M.Sc Education UPSI (2009).

Nor Ahmar : SK Jerangau, SBP Tok Jiring, Kuala Terengganu. Kolej Islam Alam Shah (KISAS). B.A Hons Usuluddin UM. Diploma Pendidikan UM.

Latarbelakang Idris
Semasa alam persekolahan di sekolah menengah pernah bekerja secara ‘part time’ mengambil upah mencari buah koko dan mengupas kelapa di Parit Mati Bagan Datoh. Upah yang diperolehi dapat menampung untuk membeli buku-buku rujukan pelajaran. Semasa menunggu keputusan SPM pernah bekerja di warong makan di menara condong Teluk Intan selama 6 bulan. Semasa belajar di UTM sekitar penghujung tahun 80an pernah bekerja sebagai konduktor bas mini dan buruh binaan di sekitar Kuala Lumpur. Aktiviti ini dilakukan pada waktu cuti semesta untuk menampung yuran pengajian dan kos hidup. Semasa belajar pernah bekerja secara ‘part time’ sebagai pengurus dan penjaga kedai dobi di Kolej Pertama UTM Jalan Gurney selama 2 tahun. Apabila berada di tahun 3 peringkat Diploma terpaksa berpindah ke Skudai Johor atas arahan universiti. Semasa belajar di UTM Johor pernah melakukan perniagaan sambilan iaitu gerai makan waktu malam di Kg. Cengal, UTM Skudai. Dalam perniagaan ini, jualan yang dilakukan ialah ais kacang, cendol, minuman panas, roti canai, burger, pisang goreng dan apam balik yang dilakukan pada waktu malam. Pernah mengambil bahagian dan menyewa gerai makanan semasa pesta konvokesyen UTM. Akhir sekali menumpukan kepada perniagaan kuih ‘apam balik’ pada waktu petang di UTM kerana perniagaan ini mudah dan keuntungan lumayan serta bersesuaian dengan status sebagai pelajar. Menamatkan pengajian Diploma pada tahun 1991. Kemudian bekerja sebagai Supervisor di syarikat Epson di Johor tetapi behenti setelah setahun bekerja kerana mendapat tawaran menjadi guru sandaran.
Pada tahun 1992 menjadi guru sandran di SMK Kulai, Johor. Kemudian pada tahun 1994 menyambung pelajaran di UTM Skudai semula dalam bidang Sarjana Muda untuk mengambil lesen sebagai guru. Pada tahun 25 Mei 1996 ketika sedang dalam pengajian bertemu jodoh pula dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Ahmar bt Mohd dari Terengganu. Pada tahun 1996 tamat pengajian peringkat Sarjana Muda dan di tempatkan mengajar di SMK Tunku Abdul Rahman, Kulai Johor. Tetapi hanya mampu bertahan selama setahun sahaja kerana bercita-cita untuk pulang ke Perak. Justeru, terpaksa meletak jawatan sebagai guru di kementerian dan menerima tawaran untuk mengajar di Sek Izzuddin Shah (SIS) di bawah Jabatan Agama Islam Perak sebagai guru kerajaan negeri yang tetap dan berpencen. Pada 1hb November 1997 mula mengajar di SIS. Berpindah sepenuhnya dari Johor ke Ipoh pada 1hb Mac 1998 setelah isteri berjaya dalam pemohonan pertukaran dari Johor ke Perak dan mengucapkan selamat tinggal Johor setelah tinggal disana hampir 10 tahun (1989 -1998). Mengajar subjet Fizik dan Mat.Tambahan. untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Semasa di SIS pernah memegang jawatan sebagai warden dan Ketua Warden selama 8 tahun dan Setiausaha Sukan selama 4 tahun sebelum memegang jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik (2007 – sekarang). Semasa menjadi warden SIS pernah tinggal di rumah guru selama 8 tahun.

Tinggal di rumah kerajaan kurang selesa berbanding rumah sendiri. Oleh kerana telah mendirikan rumah di sebidang tanah lot di Manjoi yang dibeli pada tahun 1998 dan rumah tersebut siap dibina pada tahun 2006, maka telah berpindah dari rumah sekolah ke rumah sendiri pada tahun 2007. Pada tahun 2007 juga meletak jawatan sebagai Ketua Warden dan warden sekolah kerana tinggal di luar dan ingin menyambung pengajian. Pada tahun 2007 telah menyambung pelajaran peringkat Sarjana (Master Physics Education) di UPSI secara ‘Part Time’. Pada tahun 2009 menerima Izajah Sarjana dari UPSI. Selain mengajar ,juga mempunyai sijil ‘Pengadil Bola Tampr’’ dan kerap menjadi Pengadil Bola Tampar peringkat daerah dan negeri. Terlibat juga sebagai panel pengubal soalan percubaan SPM peringkat negeri Perak, panel pengubal soalan WAJA, pentaksir kawasan PEKA Fizik peringkat negeri, dan Ketua Pasukan menanda kertas SPM. Telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Kajian Status Pelaksanaan Amali Fizik Daerah Kinta Utara’ (Tesis Master), Program Kecemerlangan Subjek Fizik SPM. Answer To Score Physics JPN, Buku Learning To Score Physics, Wajib Jawab Fizik SPM (WAJA).
Pernah membentangkan kertas kerja dalam Kolokium Siswazah Peringkat Kebangsaan di UPSI Tanjung Malim. Membentangkan kertas kerja dalam konvosyen WAJA peringkat negeri Perak di Hotel Sri malaysia, Taiping. Kerap memberikan kursus teknik menjawab untuk subjek Fizik SPM.

Aktiviti Pada Masa Lapang
Berkebun, menternak ayam bermain kapal terbang kawalan jauh dan mengusahakan homestay sendiri. (Lihat http://idrishomestay.blogsport.com/).

Falsafah Kehidupan
Pastikan setiap detik masa yang dilalui diisi dengan akiviti berfaedah.

CUCU CICIT MUIT
Semasa hayat beliau Abdul Talib mempunyai 34 orang cucu dan dan 50 orang cicit dan dan 5 orang muit yang kebanyakannya melalui anak Ahmad Nawawi dan Abd Rahman. Tetapi jika beliau hidup hingga sekarang cucunya melebihi 40 orang dan cicitnya melebihi 100 orang dan muit melebihi 30 orang. Antara cucunya yang paling rapat dengan beliau ialah Shamsuddin.

HARTA
Tiada harta yang ditinggalkan oleh Abdul Talib kecuali tanah pusaka arwah Muslamah di Parit Tengah yang seluas 1 baris kelapa. Tetapi harta ini menjadi kontroversi kerana pernah dikatakan sudah dijual kepada Mohd Sood tetapi masih tidak bertukar nama. Tiada seorangpun anak cucunya yang mewarisi ilmu agama di pusat pengajian tinggi. Walau bagaimana pun usaha ke arah itu sedang diwarnakan oleh anak penulis melalui anak pertama dan kedua yang bernama Mohd Ashraf dan Mohd Abrar yang kini belajar di Sekolah Agama Izzuddin Shah. Mohd Ashraf juga terpilih mengikuti program Tahfiz Al-Quran dan ketika artikel ini ditulis, beliau telah menghafal 5 juzuk Al-Quran. Semoga beliau meneruskan jejak langkah arwah atoknya.

UCAPAN PEDAS
Ucapan-ucapan pedas dari arwah yang sebati di telinga penulis tetapi sangat berkesan.
1. ....kamu tak sembahyang nak jadi syaitan.....
2......tak sembahyang masuk api neraka......
3..... lawan mak bapa jadi anak derhaka........
4......kamu tak sembahyang jemaah senang digoda syaitan.....
5...... jangan jumpa bomoh.Bomoh itu penipu.........
6...... jumpa bomoh sesat...........
7......syaitan ada di mana mana......
8......mak/bapa tak nampak anak buat jahat tapi Tuhan nampak.....
9......manusia adalah bahan pembakar api neraka........
10....bangun sembahyang subuh, aku simbah dengan air nanti....
11...jangan dengar muzik kerana itu permainan syaitan..........
12....syaitan/iblis melalaikan manusia beribadat pada Allah...

Penulisan ini akan dibaiki dan akan ditambah dari semasa kesemasa. Mungkin cetakan akan datang lebih baik dari yang ini.Bersambung........................
Tarikh Mula Penulisan : 27hb November 2009. Selepas tamat belajar Master Fizik.


Disediakan Oleh :
IDRIS BIN ABDUL TALIB
Penulis Sejarah Abdul Talib.
http://http://www.abdultalibbinalias.blogspot.com/